Make your own free website on Tripod.com

KBweb3.gif (19483 bytes)

[Pengenalan][ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ]   [ Kemahiran Membaca ] [ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ]              [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]

bar3.gif (920 bytes)

Tujuan Laporan
Persembahan Laporan
Penulisan Bibliografi

Kemahiran Membuat Laporan

Setelah maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan tentang aspek yang penting hendaklah dibuat.  Kesimpulan atau rumusan ini adalah untuk memberi penekanan kepada dapatan penting, isu utama, atau pandangan penulis tentang tajuk berkenaan. 

Tujuan Laporan 

Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusun. Ianya mengandungi bahagian-bahagian, tajuk-tajuk dan subtajuk-subtajuk. Sebab-sebab laporan ditulis; 

 Laporan boleh berbentuk pendek atau panjang dalam format informal atau formal  

Persembahan 

Persembahan atau penyampaian ialah pemindahan mesej daripada penyampai kepada penerima dalam dialog dua hala. Persembahan laporan yang baik akan menarik perhatian dan mengekalkan daya tumpuan serta daya ingatan.  

 Panduan Cara Persembahan 

Di bawah ini dicadangkan beberapa panduan bagaimana sesuatu penulisan laporan itu dapat dipersembahkan dengan lebih menarik. Panduan ini adalah berdasarkan singkatan daripada  TOPIK DEWASA.  Singkatan ini akan memberikan kpanduan seperti yang berikut semasa menyediakan dan menulis laporan :

T Topik Nyatakan topik laporan atau penulisan        dengan jelas kepada pembaca
O Objektif Apakah objektif penulisan anda?  Ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang tujuan penulisan tersebut
P Paparan Kenal pasti bagaimanakah paparan atau susun atur seperti format penulisan, struktur kandungan, penomboran dan sebagainya hendak diadakan.  Paparan ini perlu diambil kira supaya penulisan anda menarik dan mudah dibaca dan difahami.
I Isi    Isi penulisan laporan hendaklah jelas dan tepat
K Kesimpulan   Nyatakan kesimpulan laporan anda pada akhir penulisan.  Perkara ini perlu kerana di bahagian inilah letaknya pendirian, pandangan, dan dapatan anda tentang topik yang dibicarakan.
D Definisi  Berikan definisi yang jelas bagi setiap istilah atau konsep yang hendak dibincangkan dalam penulisan anda.  Elok juga jika anda memberikan contoh-contoh yang sesuai untuk memperjelas apa yang anda maksudkan dengan perkataan berkenaan.
E Elakkan

Cuba elakkan :
- perkataan ayat, konsep dan perenggan yang   mengelirukan 
-  isi yang bertindih-tindih 

 -  membuat andaian-andaian tertentu

- kesimpulan yang bercanggah

W Wacana Wujudkan wacana yang menarik dengan menggunakan penanda wacana yang tepat, koherens atau kejelekitan, dan kesinambungan idea.
A Analitis   Berikan pendapat anda secara analitis dan kritis.  ini bermaksud hujah-hujah anda hendaklah disokong dengan bukti, alasan dan fakta.
S Saranan Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian akhir penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca, masyarakat, pihak berkuasa dan sebagainya.
A Apendiks Jika perlu, sediakan apendiks pada bahagian akhir penulisan. Apendiks berfungsi sebagai:
- maklumat atau data tambahan
- glosari atau senarai istilah yang berkaitan
  dengan bidang penulisan anda.
- lampiran yang tidak dimasukkan dalam
   bahagian penulisan, tetapi perlu dijadikan
   sebagai bahan rujukan tambahan kepada
   pembaca.

Demikan beberapa panduan tentang cara persembahan laporan. Ianya dapat  diringkaskan kepada singkatan TOPIK DEWASA. Jadikanlah  singkatan ini sebagai panduan untuk membuat laporan yang berkesan.           

Penulisan Bibliografi 

Bibliogragi diletak di akhir sesuatu laporan dan merupakan sumber-sumber rujukan yang digunakan untuk menyediakan laporan.Ianya ditulis mengikut sistem APA iaitu American Psychological Association. 

Contoh Bibliografi:

Torrance, E.P.(1962) Guiding Creative Talent.  New York :  Prentice - Hall

Cara penulisan bibliografi yang betul.

1.      Chid. D. (1973) Psychology and the Teacher.  London : Holt,             Rinehart & Winston.
2.      Getzels, J.W, & Jakson, P.W. (1992).  Creativity and Intelligence: New York: Wiley.
3.      Hudson, L. (1966). Frames of Mind. London : Methuen
4.      Kaltsounis, B (1992).  Additional Instruments Useful in Studying Creative Behaviour and Creative Talent.  Journal of            Creative Behaviour, 6(4), 268-274.
5.      Kerlinger, F.N.(1973).  Foundations of Behavioural Research (2nd ed.) New York: Holt, Rinehart & Winston.
6.      Ogilvie, E. (1974).  Creativity and Curriculum Structure.  Educational Research, 16 (2), 126-132.
7.      Torrance, E.P. (1962).  Guiding Creative Talent.  New York : Prentice-Hall.
8.      Owen, J.M, Cox, P.L, Watkins, J.M (1994) Genuine Rewards :  Inguiry Into Connecting Learning, Teaching And            Assessing.  Massachusetts :  The Regional Labs for Education Improvement.

 

ke atas

[Pengenalan][ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ]   [ Kemahiran Membaca ] [ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ]              [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]