Make your own free website on Tripod.com

KBweb3.gif (19483 bytes)

[ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ] [ Kemahiran Membaca ] [ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ] [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]bar3.gif (920 bytes)

PEMEROLEHAN MAKLUMAT

Mengumpul Maklumat

                             

Kemahiran Mendengar Untuk Belajar 

Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar.  Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut: 

 

Mendengar Secara Aktif

Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar.

Tujuan Mendengar

 

Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif.  Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru.  Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah:

 

Mencatat Nota

Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa “cara mencatat nota” merupakan suatu perkara peribadi, seseorang boleh belajar untuk menjadi pencatat nota yang berkesan. Catatan atau nota lazimnya dibuat seperti yang berikut:

 

Lazimnya, membuat catatan atau mencatat nota dikaitkan dengan pemerolehan maklumat daripada sumber-sumber seperti kuliah/ceramah, bahan yang dibaca seperti buku dan laporan dan pencerapan lapangan.

 

Mencatat Nota

 

Pendengaran

Bacaan

Catatan Lapangan

seminar;
kuliah 
ucapan;
ceramah
forum

bahan cetak 
bahan elektronik

pemerhatian
temu bual

Proses Membuat Rujukan

Sumber maklumat yang dimaksudkan dalam kategori ini terdiri daripada buku, jurnal, ensiklopedia, artikel, akhbar dan media cetak lain. Ada beberapa peraturan yang dijadikan kebiasaan mencatat maklumat daripada sumber jenis ini.

Apabila mencatat maklumat daripada sumber seperti yang disebutkan, pencatat hendaklah mencatatkan maklumat tentang sumber seperti judul, nama pengarang, tahun dan tempat bahan diterbitkan.  

Guru hendaklah memberitahu pelajar tentang cara mencatat maklumat yang berbeza-beza mengikut sumber yang digunakan.. 

Membuat Catatan 

(a) Memahami Organisasi Kandungan Bahan

Setiap bahan biasanya mengandungi isi utama, huraian dan contoh-contoh untuk membantu pembaca memahami isi dengan lebih jelas lagi. Pelajar-pelajar hendaklah dilatih mengenal komponen-komponen ini.

(b) Menyusun dan Merekod Maklumat

Setelah memahami bahan bacaan pelajar hendaklah menyusun dan merekod isi-isi supaya mudah dirujuk semula.  Cara merekod maklumat hendaklah sistematis dan boleh membantu pelajar.  Pelajar hendaklah menggunakan bentuk penulisan ringkas yang difahaminya seperti;

-        mencatat maklumat dalam buku catatan (buku skrap);

-        menulis maklumat pada kad kecil

-        menulis maklumat dalam buku khas mengikut subjek

-        memasukkan maklumat ke dalam komputer

Menemuramah

Satu lagi cara untuk mendapatkan maklumat ialah dengan menemu ramah seseorang. Lazimnya temuramah dibuat untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu daripada tokoh, pakar dalam sesuatu bidang, orang kenamaan atau orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa.  Kadang kala, temuramah dilakukan semasa seseorang membuat pemerhatian di lapangan.

Tahap-Tahap Temu Ramah

(1) Peringkat Sebelum Temuramah           

      Sebelum temuramah kita perlu membuat persediaan seperti yang berikut:

 (2) Peringkat Semasa Temuramah

     Apabila sampai pada masa untuk membuat temuramah kita hendaklah menjalanknan               

     perkara-perkara di bawah.

(3) Peringkat Selepas Temuramah

Selepas temuramah tentukan perkara-perkara yang berikut dilakukan

Kembali Ke Menu

[ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ] [ Kemahiran Membaca ] [ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ] [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]