Make your own free website on Tripod.com

KBweb3.gif (19483 bytes)

[Pengenalan][ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ]   [ Kemahiran Membaca ] [ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ]              [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]

bar3.gif (920 bytes)

Skiming dan Skaning

Teknik skiming dan skaning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan  kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Skaning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut mukasurat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicar. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skiming.

Dalam konteks pembelajaran, skiming dan skaning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skiming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itudidapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik skaning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

[Pengenalan][ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ]   [ Kemahiran Membaca ][ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ]               [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]