[ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ] [ Kemahiran Membaca ] [ Pemprosesan Maklumat ] [Membuat Laporan ] [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]
Mengumpul Maklumat
Mendengar secara aktif
Mencatat nota
Membuat rujukan
Menemuramah (menyoal untuk mendapat maklumat )
Kemahiran Mendengar Untuk Belajar
Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut:
Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar kuliah atau pengajaran guru;
Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat;
Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan
Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan
Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan
Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat
Mendengar Secara Aktif
Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar.
Tujuan Mendengar
mendapatkan maklumat
mencatat nota
menjalankan atau menunaikan arahan
mengecam bunyi
mengenal pasti sesuatu perkara
menjawab soalan
mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar
bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar
Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah:
Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa
Berikan tumpuan kepada guru
Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan
Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya
Bersifat positif dan terbuka
Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti
Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah
Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar
Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda
Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.
Mencatat Nota
Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa cara mencatat nota merupakan suatu perkara peribadi, seseorang boleh belajar untuk menjadi pencatat nota yang berkesan. Catatan atau nota lazimnya dibuat seperti yang berikut:
ringkas, menggunakan kata kunci dan bukan ayat-ayat yang lengkap;
disusun dalam bentuk lakaran idea (outline) yang jelas dan boleh difahami;
mengutamakan idea atau isi utama, disusuli dengan subidea pertama kedua, dan seterusnya; dan
menggunakan tatatanda yang memudahkan anda mengenali idea, subidea dan maklumat sokongan.
Lazimnya, membuat catatan atau mencatat nota dikaitkan dengan pemerolehan maklumat daripada sumber-sumber seperti kuliah/ceramah, bahan yang dibaca seperti buku dan laporan dan pencerapan lapangan.
Mencatat Nota
Pendengaran |
Bacaan |
Catatan Lapangan |
seminar; |
bahan
cetak |
pemerhatian |
Sumber maklumat yang dimaksudkan dalam kategori ini terdiri daripada buku, jurnal, ensiklopedia, artikel, akhbar dan media cetak lain. Ada beberapa peraturan yang dijadikan kebiasaan mencatat maklumat daripada sumber jenis ini.
Apabila mencatat maklumat daripada sumber seperti yang disebutkan, pencatat hendaklah mencatatkan maklumat tentang sumber seperti judul, nama pengarang, tahun dan tempat bahan diterbitkan.
Guru hendaklah memberitahu pelajar tentang cara mencatat maklumat yang berbeza-beza mengikut sumber yang digunakan..
Membuat Catatan
(a) Memahami Organisasi Kandungan Bahan
Setiap bahan biasanya mengandungi isi utama, huraian dan contoh-contoh untuk membantu pembaca memahami isi dengan lebih jelas lagi. Pelajar-pelajar hendaklah dilatih mengenal komponen-komponen ini.
(b) Menyusun dan Merekod Maklumat
Setelah memahami bahan bacaan pelajar hendaklah menyusun dan merekod isi-isi supaya mudah dirujuk semula. Cara merekod maklumat hendaklah sistematis dan boleh membantu pelajar. Pelajar hendaklah menggunakan bentuk penulisan ringkas yang difahaminya seperti;
- mencatat maklumat dalam buku catatan (buku skrap);
- menulis maklumat pada kad kecil
- menulis maklumat dalam buku khas mengikut subjek
- memasukkan maklumat ke dalam komputer
Menemuramah
Satu lagi cara untuk mendapatkan maklumat ialah dengan menemu ramah seseorang. Lazimnya temuramah dibuat untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu daripada tokoh, pakar dalam sesuatu bidang, orang kenamaan atau orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa. Kadang kala, temuramah dilakukan semasa seseorang membuat pemerhatian di lapangan.
Tahap-Tahap Temu Ramah
(1) Peringkat Sebelum Temuramah
Sebelum temuramah kita perlu membuat persediaan seperti yang berikut:
Tentukan maklumat yang diperlukan
Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemuramah
Selidik latar belakang tokoh berkenaan serta bidang yang hendak ditemuramah
Buat temu janji dengan tokoh berkenaan tentang tempat, masa dan tarikh untuk dibuat temuramah
Sediakan soalan-soalan untuk mencungkil dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki
Sediakan alat perakam, alat tulis, kamera dan sebagainya mengikut keperluan
(2) Peringkat Semasa Temuramah
Apabila sampai pada masa untuk membuat temuramah kita hendaklah menjalanknan
perkara-perkara di bawah.
Tiba ke tempat yang dikenal pasti lebih awal daripada masa yang dijanjikan.
Gunakan/pengucapan bertatasusila yang sesuai.
Nyatakan tujuan temuramah itu dengan jelas kepada tokoh berkenaan.
Bersikap ramah mesra dengan tokoh berkenaan.
Tunjukkan minat anda untuk mendengar perkara yang hendak diceritakan oleh tokoh berkenaan.
Adakan hubungan mata dan interaksi yang selesa.
Wujudkan suasana yang tenang dan ceria
Jadikan pendengar yang patuh
Kemukakan soalan-soalan yang telah disediakan
Gunakan alat perakam suara, kamera dan sebagainya jika difikirkan perlu
Catatkan butir-butir penting pada buku catatan
Nyatakan penghargaan anda kepada tokoh berkenaan sebaik sahaja selesainya temuramah tersebut
(3) Peringkat Selepas Temuramah
Selepas temuramah tentukan perkara-perkara yang berikut dilakukan
Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan semasa temuramah tadi
Rancangkan isi penting sama ada perlu disusun berdasarkan kronologi, keutamaan, kata tanya, atau ketegori tertentu.
Tulis draf pertama berdasarkan rangka yang telah dikenal pasti
Teliti draf pertama dan tentukan maklumat sama ada perlu ditambah atau tidak.
Masukkan gambar, gambar rajah, atau grafik untuk memudahkan pemahaman pembaca
Senaraikan bahan bacaan yang menjadi sumber rujukan
Dapatkan bimbingan guru atau rakan
Sebarkan maklumat atau penulisan anda kepada kelas atau media cetak tempatan
[ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ] [ Kemahiran Membaca ] [ Pemprosesan Maklumat ] [Membuat Laporan ] [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]