KBweb3.gif (19483 bytes)

[Pengenalan][ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ] [ Kemahiran Membaca ]                          [ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ] [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]

bar3.gif (920 bytes)

 

Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran - kemahiran   generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar.  Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  

Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat.

Dengan ujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.

Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini bergantung kepada kehendak dan tujuan pembelajaran.

Secara umumnya topik-topik yang akan disentuh adalah:

  • Pengoptimuman Sumber Pembelajaran

  • Pemerolehan Maklumat

  1. Mengumpul Maklumat

  2. Kemahiran membaca

  • Memproses Maklumat

  • Membuat Laporan

Rujukan:

    http://www.ucc.vt.edu/stdysk/stdyhlp.html

    http://www.uni.edu/walsh/linda7.html

    http://www.sdc.uwo.ca/learning

    http://www.coun.univac.ca/learn

    http://www.isd77.k12.mn.us/resources

 

[Pengenalan][ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ]                            [ Kemahiran Membaca ][ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ] [ Panel Penulis ]               [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]