Make your own free website on Tripod.com

KBweb3.gif (19483 bytes)

[ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ] [ Kemahiran Membaca ] [ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ] [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]

bar3.gif (920 bytes)

MEMPROSES  MAKLUMAT  

Menyusun maklumat

Membuat lakaran grafik 

Menganalisis data                                       

 

Pengenalan

Maklumat yang dikumpul daripada berbagai-bagai sumber dan dengan berbagai-bagai cara perlu diproses supaya mudah dianalisis, dibuat kesimpulan dan menghasilkan laporan maklumat yang ringkas, tepat dan menarik. 

 

Menyusun Maklumat

Maklumat yang terkumpul boleh diproses berdasarkan: 

              kronologi (masa dan peristiwa)

              Keutamaan 

              Kata tanya

              Kategori 

 

Menyusun Maklumat Mengikut Urutan Kronologi.

         

           Maklumat berkaitan dengan sesuatu peristiwa boleh disusun mengikut urutan masa, contohnya maklumat tentang  “perarakan kemenangan pasukan bolasepak negara” boleh disusun seperti berikut :

 

Peristiwa 1

Jam 7.30 pagi

Berkumpul di Stadium Merdeka

wpe77.jpg (1435 bytes)

Peristiwa 2

Jam 8.00 pagi

 

Peristiwa 3

Jam 9.30 pagi 

 

wpe77.jpg (1435 bytes)

Mula berbaris mengikut pertubuhan 

 

Pemeriksaan barisan oleh

Presiden FAM 

 

wpe77.jpg (1435 bytes)

Peristiwa 4

Jam 10.00 pagi

 

 

Mengalungkan bunga

Peristiwa 5

 wpe77.jpg (1435 bytes)

kepada pemain kebangsaan

Jam 10.15 pagi

 

 

Mendengar ucapan presiden FAM

 

wpe77.jpg (1435 bytes)

 

Peristiwa 6

Jam 10.30 pagi

 

 

Perarakan bendera pasukan bola

Peristiwa 7

Jam 11.00 pagi 

 

wpe77.jpg (1435 bytes)

sepak negara dan bendera

Malaysia 

Nyanyian lagu Malaysia Berjaya dan bersurai

 

 

 

Menyusun Maklumat Mengikut Keutamaan

Maklumat yang telah dikumpulkan harus disusun mengikut keutamaan atau kepentingannya. Katakanlah pelajar ingin menulis sebuah karangan bertajuk “Faktor yang menyebabkan kejayaan pelajar dalam pelajaran”. Guru dan pelajar seharusnya berbincang atau melakukan sumbangsaran, mencari faktor yang sesuai untuk disenaraikan. Faktor-faktor itu kemudiannya disusun mengikut keutamaan.

 

Menyusun Maklumat Mengikut Kata Tanya

Isi sesuatu penulisan boleh juga disusun berdasarkan kata tanya yang berikut; siapa, apa, dimana, bagaimana dan mengapa. Misalnya tajuk “Seorang ahli sukan yang berjaya di Malaysia” boleh ditulis seperti berikut:

 

wpe84.jpg (8503 bytes)

 

Menyusun Maklumat Mengikut Kategori

Maklumat yang terkumpul anda boleh juga disusun mengikut ciri yang sesuai. Misalnya, dalam tajuk “Makanan kita “ pelajar mungkin telah mengumpul maklumat seperti berikut :

        beras                                                              sawi

        kangkung                                                        bayam

        jagung                                                             kacang panjang

        gandum                                                           petola

        barli                                                                 durian

        daging ayam                                                     manggis

        mangga                                                             langsat

        daging lembu                                                     kelapa

        rambutan                                                           kacang tanah

        kubis

Butiran di atas boleh disusun dalam bentuk rajah seperti berikut:

wpeB3.jpg (20171 bytes)

 

Membuat Lakaran Grafik    

Lakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakaran grafik adalah maklumat yang ditunjukkan menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-sama dengan sedikit maklumat bertulis.

Jadual 

Cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat yang mengandungi nombor atau sesuatu yang boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan yang sama, ialah dengan menggunakan jadual. Maklumat seperti itu boleh dimasukkan ke dalam lajur dan baris. Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu kategori maklumat dengan kategori yang lain, seperti kewangan dengan bilangan atau kuantiti barangan, atau antara kekuatan dengan kelemahan sesuatu.

Graf  

Graf digunakan untuk menunjukkan perubahan pembolehubah. Graf membolehkan kita melihat trenda atau gaya perubahan tersebut.

Graf Garis

Graf garis menggunakan garisan tegak dan mendatar sebagai paksi untuk kita plot data bagi dua variabel. Kedua-dua paksi x dan y biasanya mempunyai  skala yang sekata.

Graf Bar 

Bagi variabel yang diskrit seperti bilangan syarikat atau bulan Januari, Febuari dan lain-lain, lebih sesuai maklumat itu dinyatakan dalam graf bar seperti yang ditunjukkan dalam rajah  di bawah.

Graf Pai

Graf pai digunakan untuk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah. Graf pie adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Piktograf

Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka. oleh itu angka diwakili dengan simbol seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.  Bentuk grafik tersebut di kenali sebagai piktograf.

Carta Pokok/Organisasi

Carta menggunakan grafik dan perkataan untuk mempersembahkan ringkasan (overview) sesuatu maklumat. Carta digunakan untuk menunjukkan hubungan dan turutan dengan cara yang tersusun, Contoh; carta struktur sebuah organisasi.  

Carta Alir

Maklumat tentang suatu proses sebaiknya ditunjukkan menggunakan carta alir. Carta ini berbentuk cabang atau lingkaran.

Carta Stream  

Jika sesuatu maklumat itu boleh dikelaskan dan setiap kelas itu mempunyai hubungan antara satu sama lain, maklumat itu sesuai disusun dalam bentuk carta stream.

  Rajah 

Rajah adalah sejenis grafik yang menggunakan garisan, tanda dan simbol untuk menunjukkan hubungan idea, kedudukan objek, proses atau sistem. Contoh, ialah rajah litar elektrik.

Peta

 Maklumat tentang keadaan dan kedudukan sesuatu tempat biasanya lebih jelas ditunjukkan dengan menggunakan peta.

Lakaran

Ada maklumat lebih mudah dan lengkap diwakilkan secara lakaran. Misalnya bentuk sehelai daun lebih mudah dipaparkan dalam bentuk lakaran.

Gambar

Gambar adalah bentuk grafik yang dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan menarik bagi sesuatu objek maujud. Gambar mewakili seribu perkataan. 

Mengganalisis Data

Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu di analisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.

Ada beberapa langkah menganalisis data:            

 

[ Pengoptimuman Sumber Pembelajaran ] [ Pemerolehan Maklumat ] [ Kemahiran Membaca ] [ Pemprosesan Maklumat ]  [Membuat Laporan ] [ Panel Penulis ] [ Rujukan ] [ Webmaster ] [ Laman Utama ] [ FAQ ]